Thursday, January 9, 2014

The Return Of Superman

Haa.. Ni mesti ingat citer omputih...
Sebenarnya tak ye.. Ni citer korea.. Variety show..
Cerita ni menampilkan bagaimana seorang ayah menjaga anak mereka semasa ketiadaan isteri mereka selama 48 jam. Serious tak tipu, memeng best sangat dan hilang tension. Mana tak hilang tension, tengok telatah kanak2 dengan ayah mereka. Sweet dan comel je. Terus rasa macam nak ada anak cepat2. Muahahah. Padahal belajar pon tak abis lagi. Berangan je lebih. *tetampapipilaju2*

Oh ye, ada 4 orang ayah yang terlibat dan mereka bukan calang2 orang ye. They ols celebrity korea hokehh.. Jangan memain..

Tablo (dia rapper kat korea)

Choo Sung Hoon (yang ni aku x pasti, tapi terer judo. ahli gusti kot. tp kalo tgk runningman, korang kenal la kot)

Jang Hyun Sung (Pelakon)

Lee Hwi Jae (MC- popular gak dia ni)


Ni aku nak tunjuk gambar anak2 mereka yang cute2, pandai amik hati, lawak dan macam2 la.. heheheh
Lee Ha Roo anak Tablo (Perempuan tau.. memula aku tengok ingat dia laki.. heheheh)

Alololo.. tomeynya dia.. Ni Sarang anak kepada Choo Sung Hoon. Budak ni serious cakap, cuteness overload. Rapat sangat dengan ayah dia. 

Si kembar yang mendera ayah dia.. Tapi in the cute way la.. Lee Seo Eon dan Lee Seo Jun anak kepada Lee Hwi Jae.

saja letak lebih.. sebab comel sgt!!

Dua hero ni cerdik giler.. hahaha.. Aku x sure nama diorang.. Anak Jang Hyun Sung.
Tu je la aku nak kongsi pon.. Ni semua kawan aku si Ecah la yang suruh aku tengok.. Entah macam mana, bersambung-sambung terus aku tengok.. Hahaha.. Ok la, nak tgk episod 7.. Bye and Happy Watching! 

Wednesday, January 8, 2014

TIDUR

Sebenarnya nak mengadu.. Aku pelik kenapa orang lain boleh tidur kejap je dan bangun macam biasa buat kerja. Aku ni, kalau tidur tak cukup, mesti tingtong.. Lepas tu, mula la nak demam, selsema dan batuk. Tapi yang paling menyampah, kalau tidur tak cukup, mesti muka aku nampak bengkak. Hahaha. Pastu terpaksa cover pakai eyeliner sebab nak nampak fresh.. Konon la.. Satu lagi kan, aku ni susah nak lelap.. Setiap malam memang amik masa la.. Tidur pulak kena gelap2.. Tak boleh ada cahaya.. Baby sangatkan? Awww.. Hahaha.. Tu masalah nak tidur. Nak bangun pulak satu hal.. Seksa weyy.. Jenuh aku bukak mata, macam ada benda je dok tarik kelopak mata aku suruh lelap balik.. Kojaqqq sangat kan. Tapi bnda ni jadi kalau aku tahu hari tu tak ada kelas, appointment, exam dan nak keluar. Pelik kan? Ke aku saja yang pikir benda ni pelik? Lantaklah.. Aku nak tidur.. Bye! XOXO

Diari Baru 2014

Assalamualaikum pembuka kata.. Hehehe..
Bersempena tahun 2014 ni, aku nak buat kelainan dan cuba benda baru..
So, inilah dia. Cuba untuk jadi blogger. Bukan apa, seronok baca blog orang lain. Macam2 boleh cerita.
Aku buat blog ni sebenarnya nak jadikan sebagai diari aku. Kalau tulis dalam buku, selalu hilang entah ke mana-mana. Kalau ada blog ni, boleh merepek meraban, share pendapat, kongsi berita gembira, mengadu apa2 yang tak puas hati. Ok, tu saja la nak cakap.. hehehe..